

Sistem i-Mesra?
i-Mesra ialah sebuah platform pemerkasaan digital yang direka untuk menyokong semua peringkat usahawan di Malaysia — daripada perusahaan mikro dan kecil hingga perniagaan yang sedang berkembang — melalui pendigitalan, akses kewangan, dan penyelesaian rantaian bekalan yang telus, dengan tumpuan khusus kepada sektor makanan dan minuman (F&B).
Kenapa Perlukan Sistem i-Mesra?

Mengenal Pasti Bahan atau Produk Digunakan
Sistem i-MESRA memudahkan proses mengenal pasti ramuan yang digunakan oleh premis makanan bukan daripada sumber yang meragukan.

Meyakinkan Pengguna Dengan Produk
Para pengguna akan bertambah yakin dengan sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh premis makanan kerana ketelusan inventori yang dipapar melalui Sistem i-MESRA.

Berpotensi Mengembangkan Perniagaan
Sistem i-MESRA boleh membantu peniaga untuk mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan tambahan.
Brands who have signed up with us:






& Many More

Mengenai Sistem
i-Mesra
Penting untuk diperhatikan bahawa i-Mesra bukanlah satu sistem pensijilan halal. Sebaliknya, ia merupakan alat ketelusan rantaian bekalan digital yang membolehkan pengguna menelusuri asal-usul dan status bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan makanan dan minuman.
Inisiatif ini menyokong agenda ekonomi digital negara dengan menggalakkan ketelusan, kebolehkesanan, dan pemerkasaan usahawan F&B melalui penggunaan alatan digital dan sistem bersepadu.
Penting: i-Mesra beroperasi secara bebas dan tidak terlibat dalam proses pensijilan halal rasmi Malaysia serta tidak mengeluarkan atau mengesahkan status halal.