Tentang Kami
Rakan Kerjasama Kami

Halal Development Corporation (HDC) merupakan peneraju utama dalam pembangunan ekosistem dan infrastruktur halal yang bersepadu dan menyeluruh bagi meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif dalam menerajui industri halal global.

MIMOS Berhad (atau MIMOS) ialah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Kebangsaan Malaysia serta sebuah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Misi MIMOS adalah untuk menerajui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membangunkan industri tempatan supaya mampu bersaing di peringkat global.

FAQ
Apakah itu Sistem i-Mesra?
i-Mesra ialah sebuah platform pemerkasaan digital yang direka untuk menyokong semua peringkat usahawan di Malaysia — daripada perusahaan mikro dan kecil hingga perniagaan yang sedang berkembang — melalui pendigitalan, akses kewangan, dan penyelesaian rantaian bekalan yang telus, dengan tumpuan khusus kepada sektor makanan dan minuman (F&B). Sistem i-Mesra ini juga dapat digunakan sebagai kemudahan rujukan oleh orang ramai (pengguna) dengan cara mengimbas kod QR.
Apakah perbezaan antara Sistem i-Mesra dan Sijil Pengesahan Halal Malaysia?
Perbezaan di antara Sistem i-Mesra dan Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah Sistem i-Mesra yang memfokuskan semua peringkat usahawan di Malaysia — daripada perusahaan mikro dan kecil hingga perniagaan yang sedang berkembang — melalui pendigitalan, akses kewangan, dan penyelesaian rantaian bekalan yang telus, dengan tumpuan khusus kepada sektor makanan dan minuman (F&B).
Manakala, Sijil Pengesahan Halal Malaysia merupakan sijil yang dilulus dan diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan tertakluk pada manual dan standard yang berkaitan seperti Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020, MHMS, MS1500 dan lain-lain. Ia meliputi penilaian menyeluruh termasuk struktur bangunan, dokumentasi, kebersihan, bahan ramuan dan proses penyediaan makanan.
Apakah kategori premis makanan yang boleh mendaftar dengan Sistem i-Mesra? Kategori premis makanan yang berstatus tetap boleh mendaftar dengan Sistem i-Mesra adalah seperti berikut:
• Restoran / Kedai makanan
• Kafe
• Kiosk
• Gerai makanan
• Premis makanan seumpama yang menyediakan makanan untuk dijual atau disajikan kepada orang ramai.

Matlamat Kami
Beberapa inisiatif strategik telah dilaksanakan untuk mempercepatkan program ini, meningkatkan ketelusan dan keyakinan pengguna. Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan Malaysia peneraju global dalam perkhidmatan dan produk berkualiti.
Tempatan
Menyediakan sistem yang memberi manfaat kepada pelanggan dan pemilik perniagaan.
Antarabangsa
Meluaskan horizon perniagaan tempatan untuk meneroka pasaran antarabangsa.