FAQ
Apakah itu Sistem i-Mesra?
Tidak. i-Mesra bukan pengganti kepada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Ia adalah aplikasi digital yang memudahcara pengurusan inventori bahan dan boleh membantu premis makanan bersedia ke arah pensijilan halal rasmi.
Adakah i-Mesra sama/setaraf dengan dengan Pensijilan Halal Malaysia?
Permohonan bagi Sistem i-Mesra adalah terbuka kepada premis makanan berstatus tetap yang ingin memberi rujukan kepada pengguna bahawa semua bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan makanan mereka telah dipersijilkan halal atau daripada sumber tidak mengandungi sebarang najis. Premis makanan yang menggunakan istilah-istilah tertentu seperti “No Pork, No Lard”, “No Alcohol”, “Muslim Friendly” dan sebagainya adalah digalakkan untuk memohon Sistem i-Mesra untuk perniagaan mereka. |
Adakah i-Mesra menyediakan sijil halal?
Tidak. i-Mesra bukan entiti pensijilan Halal dan TIDAK MENGELUARKAN SIJIL HALAL. Sistem ini hanya akan membantu premis menjejaki dan mengurus bahan ntuk memudahkan proses pensijilan rasmi.
Siapakah yang sah mengeluarkan Pensijilan Halal Malaysia?
Di Malaysia hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang sah mengeluarkan Sijil Pensijilan Halal Malaysia rasmi di bawah undang-undang Malaysia.
Apakah kategori premis makanan yang boleh mendaftar dengan Sistem i-Mesra?
- Restoran / Kedai makanan
- Kafe
- Kiosk
- Gerai makanan
- Premis makanan seumpama yang menyediakan makanan untuk dijual atau disajikan kepada orang ramai